SERUMPUN
KATA PENGETUA
-

-
Tn.Hj.Mustadza bin Hj.Md. Yusof
-
(PENGETUA)
ASSALAMUALAIKUM
WARAHMATULLAHI WABARAKTUH dan SELAMAT SEJAHTERA
SELAMAT DATANG saya ucapkan
kerana kesudian tuan-tuan dan puan-puan melawat Laman Web sekolah ini.
Ketika perjalanan sejarah
mula mendekati ambang millenium ketiga (Tahun 2000), Sekolah Menengah Kebangsaan
Tun Perak juga telah mengorak langkah menyahut seruan kerajaan untuk merealisasikan
sekolah ini sebagai Sekolah Bestari.
Hal ini perlu untuk
memastikan "Kualiti Pendidikan Yang Bertaraf Dunia" yang merentas pelbagai
benteng disiplin, ilmu dan budaya akan terserlah sebagai realiti. Justeru
itu, saya mengharapkan dengan adanya kemudahan Internet di sekolah ini,
warga pendidik, pelajar serta kakitangan sekolah tidak akan ketinggalan
dalam arus pendidikan yang bersifat global khususnya dalam penggunaan Teknologi
Maklumat. Secara tidak langsung kemudahan ini akan dapat melahirkan pendidikan
yang bermutu, menampilkan pelajar yang berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab
serta tidak ketinggalan dalam arus pemodenan, kemajuan teknologi dan informasi
terkini.
Untuk makluman
tuan-tuan dan puan-puan sekalian, sekolah ini juga dalam proses peralihan
daripada sekolah harian biasa kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
menjelang tahun 2000. Sekolah ini kelak akan dikenali sebagai Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Tun Perak. Insyaallah.
Sekian, terima kasih.
HJ.MUSTADZA BIN HJ.MD. YUSOF
PENGETUA,
SEK.MEN.KEB.TUN PERAK
77000 JASIN, MELAKA.