LENCANA SEKOLAH
Lambang Kancil
Melambangkan SMK Tun Perak, Jasin terletak
dalam naungan negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Kancil juga menjadi lambang
kepintaran dan kecerdasan fikiran para pelajar dalam menuntut ilmu pengetahuan.
Lambang Obor dan Tangan
Melambangkan semangat kesukanan yang menjadi
nadi pengerak kepada kegiatan kokurikulum sekolah. Melalui sukan juga para
pelajar dapat menjaga kesihatan fizikal dan mental yang merupakan satu
unsur yang penting dalam menuntut ilmu.
Lambang Gerigi Mesin
Melambangkan para pelajar juga perlu ada
kemahiran dalam pratikal yang sangat diperlukan apabila hidup berdikari.
Kemahiran Hidup yang pelajari dapat digunakan dalam kehidupan seharian
di samping ilmu dalam bentuk teori dan pengetahuan.
Lambang Tiga Bulatan Sukan
Melambangkan selain ilmu yang dipelajari
dalam bilik darjah, kegiatan dalam bidang sukan juga memerlukan kemahiran
dan pengetahuan yang tinggi agar boleh berjaya sehingga ke peringkat antarabangsa.
Lambang Enam Sayap
Melambangkan enam rukun Iman yang perlu
dihayati oleh pelajar Islam. Berlandaskan rukun Iman ini para pelajar akan
belajar dengan lebih tekun dan bersungguh-sungguh demi mencapai kebahagian
di dunia dan di akhirat.
Perkataan
"Maju Terus"
Merupakan motto sekolah. Diharapkan para
pelajar akan dapat meningkatkan pengetahuan mereka ke tahap yang diharapkan
dan akan maju terus hingga ke peringkat Universiti. Ilmu yang diperoleh
akan digunakan untuk kepentingan bersama demi kemakmuran masyarakat dan
negara.