Make your own free website on Tripod.com
 
LENCANA SEKOLAH
 
 
 
Lambang Kancil
Melambangkan SMK Tun Perak, Jasin terletak dalam naungan negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Kancil juga menjadi lambang kepintaran dan kecerdasan fikiran para pelajar dalam menuntut ilmu pengetahuan.
 
Lambang Obor dan Tangan
Melambangkan semangat kesukanan yang menjadi nadi pengerak kepada kegiatan kokurikulum sekolah. Melalui sukan juga para pelajar dapat menjaga kesihatan fizikal dan mental yang merupakan satu unsur yang penting dalam menuntut ilmu.
 
Lambang Gerigi Mesin
Melambangkan para pelajar juga perlu ada kemahiran dalam pratikal yang sangat diperlukan apabila hidup berdikari. Kemahiran Hidup yang pelajari dapat digunakan dalam kehidupan seharian di samping ilmu dalam bentuk teori dan pengetahuan.
 
 Lambang Tiga Bulatan Sukan
Melambangkan selain ilmu yang dipelajari dalam bilik darjah, kegiatan dalam bidang sukan juga memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang tinggi agar boleh berjaya sehingga ke peringkat antarabangsa.
 
Lambang Enam Sayap
Melambangkan enam rukun Iman yang perlu dihayati oleh pelajar Islam. Berlandaskan rukun Iman ini para pelajar akan belajar dengan lebih tekun dan bersungguh-sungguh demi mencapai kebahagian di dunia dan di akhirat.
  Perkataan "Maju Terus"
Merupakan motto sekolah. Diharapkan para pelajar akan dapat meningkatkan pengetahuan mereka ke tahap yang diharapkan dan akan maju terus hingga ke peringkat Universiti. Ilmu yang diperoleh akan digunakan untuk kepentingan bersama demi kemakmuran masyarakat dan negara.